• Advanced System Optimizer

    Advanced System Optimizer is the world most advanced and trusted utility application that includes most securities and protection services.

  • Title for slide 2 here

    Replace these every slider 2 sentences with your featured post descriptions.

  • Title for slide 3 here

    Replace these every slider 3 sentences with your featured post descriptions.

  • Title for slide 4 here

    Replace these every slider 4 sentences with your featured post descriptions.

0


Introduction



For those who do not know, The Skins Factory will soon be launching a new application to the world called Hyperdesk. If you don't know who The Skins Factory are, then wakey wakey, but I doubt this is the case

Hyperdesk will be a new way to customise your PC using what will be known as Hypersuites. A Hypersuite will consist of an msstyle based skin, Icons, Wallpapers, Media player skin/controller and a widget. All can be changed at once with the click of a button.
0

Hi this is my first Blog ever created. I hope you like it.


0

Minggu Aktiviti MRSM Kepala Batas Semester 1 2011


Pelajar sedang aktif bersenam bersama Kaunselor yang 'Sporting' iaitu Cikgu Johari

Assalamualaikum warahmatullah,


Bermulalah minggu aktiviti yang dinanti-nantikan oleh seluruh pelajar MRSM Kepala Batas pada 14-19 February, bukan sahaja jikalau ditanya pelajar maktab ini, malah seluruh pelajar MRSM akan mengatakan "ya" dan melahirkan perasaan seronok apabila disebut MINGGU AKTIVITI. Pelbagai aktiviti disediakan kepada pelajar antaranya Pertandingan Hafazan, Senaman 1Malaysia, Tayangan Amal, Merentas Desa, Karnival Sukan dan Permainan, Lawatan Sambil Belajar, Program 3 J ( Jom Jadi Jutawan), Malan Senandung Islam, Perarakan Maulidur Rasul serta ceramah, Karaoke Islamik dan Pertandingan Mencipta dan Menghias Wau.

Gaya aktif dan lincah Senaman 1Malaysia di turuti pelajar yang bersemangat

Untuk melihat lebih banyak gambar menarik Minggu Aktiviti sila klik SINI
0



Kelebihan Nabi Muhammad.


Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :

Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorag pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :

1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah dating kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tambpil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagikubdan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.

RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT


Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.

WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA


Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
>1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
>2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
>3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
>1) Jujur dalam berkata-kata.
>2) Menjauhi segala yg haram.
>3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
>1) Merahasiakan ibadahnya.
>2) Merahasiakan sedekahnya.
>3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

>Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
>1) Takut berlaku dusta dan keji.
>2) Menjauhi kejahatan.
>3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

>Wahai Ali, bagi 

itu ada 3 tanda2 AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
>1) Mengawasi dirinya.
>2) Menghisab dirinya.
>3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
0

Bermulanya institusi pendidikan di Kepala Batas.......


Maktab ini mula beroperasi pada 1 Mac 2007 apabila warga kerja pertama, Tn. Hj. Shabani bin Ahmad, Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Pelajar) melaporkan diri di Pejabat MARA Daerah Seberang Prai Utara diikuti oleh Pn. Normah bt Mohd Kasim, Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Akademik). Kumpulan pertama kakitangan pentadbiran seramai 12 orang mula melaporkan diri di MRSM Kepala Batas pada 12 Mac 2007, diikuti oleh guru-guru pada 15 Mac 2007.
Pengambilan pelajar sulung seramai 359 orang dibuat pada 16 April 2007. Sehingga kini, maktab mempunyai lebih 60 orang guru, 30 kakitangan sokongan dan 5 orang pegawai pengurusan. Tn. Hj. Shabani bin Ahmad menjalankan tugas sebagai Pengetua MRSM Kepala Batas sehingga 30 November 2007 apabila Tn. Hj. Abd Majid bin Abd Ghani melapor diri di MRSM Kepala Batas pada 3 Disember 2007 selaku Pengetua MRSM Kepala Batas yang pertama.
Keluasan keseluruhan tanah untuk pembinaan MRSM Kepala Batas adalah 35 ekar yang terletak di atas Lot 8784, Mukim 6, Kepala Batas, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang. Kampus ini mempunyai 5 blok, iaitu blok pentadbiran dan pusat sumber pembelajaran, bilik darjah dan makmal sains, asrama dan dewan selera, surau, dewan serbaguna serta pusat pelajar dan blok kuarters guru dan kakitangan. Kampus ini mampu menempatkan seramai 840 pelajar pada satu-satu sesi pengajian.


Tanggal 29 Mac 2009 bersamaan 2 Rabiulakhir 1430H, MRSM Kepala Batas ini telah dirasmikan penubuhannya oleh mantan Perdana Menteri, Y.B. Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi di Majlis Perasmian Projek-projek Persekutuan Parlimen Kepala Batas yang berlangsung di Dewan Milenium, Kepala Batas.

0


Moto

"ULUL ALBAB TERAS KETAMADUNAN UMMAH"

Visi

Melahirkan generasi Ulul Albab yang memahami sains, falsafah dan teknologi bercirikan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik yang berteraskan al-quran bagi menghadapi cabaran globalisasi dan mencapai kegemilangan ketamadunan ummah.

Misi

Mentarbiah pelajar untuk melahirkan insan yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada bangsa dan negara melalui pembudayaan al-Quran.


Program Ulul Albab ialah merupakan satu program pendidikan gabungan antara program pendidikan MRSM sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran dan Al-Sunnah untuk melahirkan generasi Ulul Albab. Program ini diharapkan akan dapat melahirkan ahli profesional dan teknokrat serta mahir dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Program Ulul Albab diperkenalkan dalam sistem pendidikan MRSM bagi melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan menghadapi dunia globalisasi dan serba mencabar. Mengikut pandangan Ibn Mundzir; Ulul Albab bermaksud 'sekelompok manusia yang bertaqwa kepada Allah, berpengetahuan tinggi dan mampu menyesuaikan diri dalam segala lapisan masyarakat, elit ataupun marginal'. Program ini akan melahirkan generasi Ulul Albab yang berkebolehan menghafaz 30 Juzuk Al-Quran serta memahami tuntutan Al-Quran berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar. Selain dari berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, boleh bertindak sebagai pakar rujuk serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing. Mereka juga berkeupayaan memberi pandangan dalam penyelesaian ummah, memaksimakan keupayaan berfikir serta berfikiran kreatif dan inovatif.


Program Ulul Albab merupakan satu program baru yang dilaksanakan semenjak awal tahun 2009 di MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu. Seramai 180 orang pelajar telah terpilih selepas melalui proses temuduga bagi mengikuti program ini pada pengambilan pertama yang lalu. Hasil daripada kejayaan di MRSM kota Putra, pada tahun 2010 satu lagi MRSM Ulul Albab telah dibuka di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan, dengan pengambilan pertama seramai 180 orang pelajar.


Bagi memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan masa kini dan akan datang, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) perlu mengorak langkah dengan meluaskan program Ulul Albab ke MRSM Kepala Batas agar MARA dapat melahirkan modal insan yang pintar soleh dan serba boleh iaitu yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Dengan mewujudkan program Ulul Albab di MRSM Kepala Batas, ini bermakna MARA telah menyediakan program Ulul Albab pada tiga zon di Malaysia iaitu MRSM Kota Putra mewakili Zon Timur, MRSM Gemencheh mewakili Zon Selatan dan MRSM Kepala Batas mewakili Zon Utara.