Klik untuk skala besar
Kalendar Pulang Bermalam 2011
Klik untuk skala besar
HAL EHWAL AKADEMIK
Dalam bahagian Hal Ehwal Akademik MRSM Kepala Batas terdapat empat Jabatan iaitu Jabatan Bahasa, Jabatan Matematik, Jabatan Sains dan Jabatan Sains Sosial. Manakala Unit Pusat Sumber Pembelajaran (PSP), Unit Penilaian dan Peperiksaan Maktab (UPPM) dan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga dikendalikan oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik iaitu Pn. Normah bt. Mohd Kasim. Objektif utama bahagian ini adalah untuk memastikan setiap pelajar mendapat keputusan cemerlang A bagi semua subjek di dalam peperiksaan PMR dan SPM.
Ianya berfungsi dalam mengawalselia perjalanan sistem pengajaran dan pembelajaran di MRSM Kepala Batas. Pelbagai program pendidikan disusun dengan rapi bagi memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang. Kemudahan-kemudahan pembelajaran seperti kemudahan komputer, capaian internet, buku rujukan dan lain-lain lagi turut diselia oleh bahagian ini bagi memastikan ianya memenuhi keperluan para guru dan pelajar.
UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN MAKTAB (UPPM)
UPPM berfungsi merancang, mengawal dan menyelaraskan akademik. Di antara peranan utama UPPM ialah untuk menyelaraskan peperiksaan di peringkat maktab dan menyimpan segala maklumat tentang peperiksaan sama ada di peringkat dalaman atau peperiksaan PMR dan SPM.
Bidang Tugas UPPM:
- Menguruskan pendaftaran pelajar-palajar baru dan penilaian.
- Menerima markah dan gred dari guru untuk ditukarkan kepada sistem PNG dan TPNG.
- Mengeluarkan penyata keputusan pelajar (Akademik dan Ko-Kurikulum).
- Mungumpul salinan kertas-kertas soalan peperiksaan.
- Mengeluarkan senarai pelajar mengulang kursus dan senarai pelajar MPB (Meneruskan Pengajian Bersyarat).
- Menguruskan hal ehwal pendaftaran Kursus.
- Menguruskan masa dan jadual waktu formal.
- Menyediakan jadual peperiksaan dan hal-hal berkaitan peperiksaan.
- Menguruskan pendaftaran SPM dan PMR bagi pelajar-pelajar.
- Mengawal rekod dan laporan pendidikan pelajar.
- Menyimpan dan menguruskan fail, urusan surat menyurat dan mencatat minit mesyuarat UPPM.
** Segala kenyataan di atas adalah tertakluk kepada perubahan.

